Tuesday, December 21, 2010

RESEPI CREAM PUFF

resepi dh byk kali sy buat...alhamdulillah...hasilnya amat memuaskan...sy tak ingat kt mana sy ambik resepi ni...pe2 pun terima kasih kepada yg sudi berkongsi resepi ni di blogs...selamat mencuba...

Pastry Choux

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.


Krim Kastad


3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.


Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

SPAGETTI SOS KIMBALL

resepi ni sy baru cuba...alhamdulillah memuaskan...

1 paket spagetti
1 cawan daging ayam yg dipotong kecil
1 botol sedang sos spagetti kimball cendawan
1 biji bwg besar di potong dadu
3 ulas bwg putih di ketuk
1 btg carrot dipotong dadu
2 btg jagung muda dipotong dadu
1 cwn kubis bunga
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb cili kisar
1 sb sos tiram
gula n garam

cara-caranya:
  • rebus spagetti di dalam air mendidih hingga kembang n toskan. gaulkan dgn mentega atau minyak. nk lebih sedap...kukus plak sekejap.
  • untuk kuah...tumis bwg putih n bwg besar hingga wangi.
  • then masukkan cili kisar...masak hingga pecah minyak.
  • then masukkan semua sos2...then masukkan ayam.
  • kalau pekat...masukkan sedikit air.
  • then masukkan semua sayur2...
  • masukkan gula n garam...
  • kacau hingga masak n pecah minyak...
  • sedia untuk dihidangkan...
  • selamat mencuba...:)

RESEPI KEK CARROT

saya suka sangat makan kek carrot...aunty saya suka buat kek carrot...saya tak pernah cuba lg...tp ni resepi yg disyorkan...boleh cuba pada yg berminat....

1 cawan walnut/pecan (100gm) - kalau tak de...boleh ganti dengan kismis.
2 1/2 cawan carrot yg tlh diparut (340gm)
2 cwn tpg all purpose (260gm) / tpg naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telor gred A
1 1/2 cawan gula hanggus (300gm)
1 cawan minyak jagung / sayur / canola (240ml)
2 sudu teh esen vanilla

cara-caranya:
  • bakar kacang walnut selama 8 minit (hingga perang n wangi)
  • dalam sebuah bekas satukan n ayak tepung, bikarbonat soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam) ...then ketepikan.
  • pukul telor hingga sebati (1 minit). masukkan gula dan pukul selama 3-4 minint lg.
  • masukkan minyak jagung n esen vanilla. pukul sebati.
  • masukkan tepung yg telah diayak td...kacau perlahan-lahan.
  • dengan menggunakan spatulla atau senduk kayu masukkan carrot yg telah diparut serta walnut.
  • kacau hingga rata. bila dah rata...masukkan dalam loyang n sedia untuk dibakar selama 30-45 minit.
  • sejukkan n boleh la dimakan...:)

RESEPI KEK GULA HANGUS

tak ingat resepi ni ambik kat mana...tapi memang sedap kek ni... lembut dan sungguh enak...gambar lupa nak ambik...i'allah nnt bila saya buat lagi...saya akan upload gambarnyer... selamat mencuba...

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu teh bikarbonat soda
4 biji telor saiz A
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

cara-caranya:
  • masak gula dengan api sederhana hingga hagus...(ikut suka kalau nak warnanya gelap...tggu sampai gula tu gelap...kalau nk cerah sikit...agak2 gula dh cair...dh ok).
  • then, masukkan air panas n kacau hingga cair. hati2 semasa memasukkan air...lebih selamat masukkan air sikit2 cz takut meletup-letup.
  • then masukkan mentega...kacau n sejukkan.
  • seterusnya, pukul 4 biji telor hingga kembang n pekat. masukkan susu pekat manis n kacau sebati.
  • kemudian, ayak tepung n soda. then, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor td.
  • akhir sekali masukkan gula hangus td. kacau rata. tuang adunan dalam loyang. kalau rajin perap la adunan ni 3-4 jam. kalau malas...boleh terus masak jer...:)
  • panaskan oven dgn suhu 160-180c dan bakar 45 minit - 1 jam.
ok....selamat mencuba....pasti tidak mengecewakan...i'allah...:)

25 Pesanan Luqmanul Hakim

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

CARA UTK MENJADI ORG BERILMU

  • Belajar & berusaha dgn bersungguh-sungguh
  • Membaca buku-buku berbentuk ilmiah
  • Rajin Menghadiri majlis / program ilmu
  • Berkawan dgn org yg berilmu pengetahuan

GALAKAN MENJADI ORANG YANG BERILMU , MENUNTUT ILMU & MENCINTAI ILMU

  • Hadis di atas Menuntut Umat Islam supaya Menjadi orang Berilmu, Menuntut ilmu & Mencintai ilmu pengetahuan
  • Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima iaitu golongan yang tidak berilmu
  • Tiada batasan dalam cara menuntut ilmu sama ada secara format atau pun tidak formal
  • Umat Islam diwajibkan menguasai kedua-dua ilmu : Ilmu fardu ain & Ilmu fardu kifayah