Tuesday, December 21, 2010

RESEPI KEK GULA HANGUS

tak ingat resepi ni ambik kat mana...tapi memang sedap kek ni... lembut dan sungguh enak...gambar lupa nak ambik...i'allah nnt bila saya buat lagi...saya akan upload gambarnyer... selamat mencuba...

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu teh bikarbonat soda
4 biji telor saiz A
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

cara-caranya:
  • masak gula dengan api sederhana hingga hagus...(ikut suka kalau nak warnanya gelap...tggu sampai gula tu gelap...kalau nk cerah sikit...agak2 gula dh cair...dh ok).
  • then, masukkan air panas n kacau hingga cair. hati2 semasa memasukkan air...lebih selamat masukkan air sikit2 cz takut meletup-letup.
  • then masukkan mentega...kacau n sejukkan.
  • seterusnya, pukul 4 biji telor hingga kembang n pekat. masukkan susu pekat manis n kacau sebati.
  • kemudian, ayak tepung n soda. then, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor td.
  • akhir sekali masukkan gula hangus td. kacau rata. tuang adunan dalam loyang. kalau rajin perap la adunan ni 3-4 jam. kalau malas...boleh terus masak jer...:)
  • panaskan oven dgn suhu 160-180c dan bakar 45 minit - 1 jam.
ok....selamat mencuba....pasti tidak mengecewakan...i'allah...:)

No comments:

Post a Comment